fbpx

3 premis hiburan diserbu, kompaun RM75,000 dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pengunjung yang dikenakan kompaun di salah sebuah premis hiburan di sekitar ibu negara, lewat malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga buah premis hiburan di sekitar ibu negara diserbu lewat malam tadi selepas didapati melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 2021.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kompaun bernilai RM1,000 telah dikenakan kepada ketiga-tiga pemilik premis berkenaan.

“Kita juga telah mengeluarkan kompaun terhadap 72 pengunjung di ketiga-tiga premis dengan nilai kompaun sebanyak RM1,000 setiap individu menjadikan keseluruhan kompaun sebanyak RM75,000.

“Serbuan mendapati premis hiburan berkenaan telah melanggar Peraturan 17 APPPB PPN Fasa 4 2021 yang masih dikuatkuasakan ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, JPJKK Kuala Lumpur telah mengeluarkan 596 kompaun dengan nilai keseluruhan RM596,000 ke atas pemilik dan pengunjung pusat hiburan di sekitar ibu negara sejak 1 Januari hingga kini.

“Kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Akta 342 APPPB yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

“Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan lagi dalam membantu kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI