fbpx

Individu berpelukan ketika AJL 36 termasuk penganjur dikompaun RM7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar individu berpelukan semasa AJL 36 berlangsung, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Tujuh individu termasuk penganjur majlis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) dikompaun RM7,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 ketika program itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, pihak polis mengesan tindakan sekumpulan individu berpelukan itu melalui gambar yang dimuat naik sebuah portal berita.

“Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut dan kesalahan dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa 4.

“Semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan dan tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada tujuh individu termasuk penganjur mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” ujarnya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI