fbpx

‘Mohon sumbangan kontena isi mayat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan mayat diletakkan di atas meja bilik bedah siasat ekoran kekurangan kapasiti penyimpanan di Hospital Selayang.

PUTRAJAYA – Berat mata memandang, berat lagi dugaan yang terpaksa ditempuh petugas kesihatan di Hospital Sela­yang apabila bahagian forensik hospital tersebut didakwa tidak lagi mampu menampung jumlah mayat ketika ini.

Menurut satu sumber dalaman hospital berkenaan, jumlah kematian yang meningkat setiap hari termasuk yang meninggal dunia bukan akibat Covid-19 menyebabkan kini tiada ruang untuk meletakkan mayat.

Sehubungan itu, pihak hospital memerlukan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu menyediakan kontena bagi meletakkan mayat berkenaan sebelum dikebumikan.

“Sudah tiada tempat dah (letak mayat). Pagi ini (semalam), kita menerima 47 mayat dengan 16 daripadanya bukan Covid-19 dan ditempatkan di dalam peti ais buat masa ini.

“Selain itu, 24 lagi mayat positif Covid-19 disimpan di dalam kontena, peti mayat dan bilik bedah siasat,” dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Lebih menyedihkan, sumber hospital itu mendakwa, peti mayat yang penuh menyebabkan mereka terpaksa meletakkan sebilangan mayat di atas meja bilik bedah siasat termasuk atas lantai berlapikkan kayu palet.

Bahkan dakwanya, mereka perlu mencari pelbagai alternatif segera termasuk meletakkan dua mayat di dalam satu peti mayat yang sama.

“Mayat ini adalah dalam ka­tegori yang menunggu keputusan (saringan Covid-19),” ujarnya.

Dalam pada itu, sumber itu mendakwa, atas inisiatif sendiri, pihak­nya telah memohon bantuan wakil rakyat di kawasan tersebut, namun tiada maklum balas di­terima setakat ini.

“Kami memohon kontena baharu seperti yang diterima oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Keadaan sesak di sini ditambah kekurangan kakitangan.

“Difahamkan kontena baharu akan sampai pada bulan Disember berikutan tiada peruntukan. Bagaimanapun, kalau ada sumbangan daripada mana-mana pihak, mungkin pengurusan mayat menjadi lebih teratur,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan memberitahu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI