fbpx

Orang Asli Bateq takut mati jika divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masyarakat Orang Asli Bateq di Kampung Kuala Koh, Kelantan.

GUA MUSANG – Lebih 200 masyarakat Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh di sini berada dalam dilema untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas mendakwa terpengaruh dengan orang luar yang masuk ke kampung mereka.

Kebanyakan penduduk berbelah-bahagi apabila mendakwa telah dihasut oleh beberapa kumpulan yang berkunjung ke kampung mereka dan menyebarkan maklumat berkaitan vaksin.

Seorang warga emas, Johan Taun, 76, berkata, kebanyakan penduduk kini hidup berpindah-randah di kawasan hutan tidak jauh dari kampung mereka sejak penularan jangkitan Covid-19 pada tahun lalu.

Katanya, tindakan itu dilakukan kerana penduduk takut dijangkiti wabak Covid-19 dan ingin menjaga kesihatan diri ahli keluarga mereka.

“Mereka (orang luar) datang ke kampung dan mengatakan kami semua sihat dan tidak perlu suntik vaksin. Nanti kami akan mati jika suntik vaksin.

“Disebabkan itu, penduduk di Kuala Koh jarang keluar ke bandar Gua Musang dan mengasingkan diri di dalam hutan kerana takut dengan wabak Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kuala Koh di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Guru Agama Orang Asli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Mohd. Fazli Mamok, pihaknya telah mendaftar seramai 270 penduduk Orang Asli di kampung itu bagi menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan diadakan di kampung itu dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI