fbpx

[VIDEO] Lima suspek kes bertumbuk positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan pergaduhan pengguna jalan raya di Pasir Tumboh, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Lima daripada tujuh suspek yang terlibat dalam kes seorang buruh dipukul beramai-ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini Selasa lalu didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu,­ Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, empat daripada lima orang suspek itu didapati positif ubat penenang iaitu benzo manakala seorang lagi positif dadah jenis amphetamine.

Katanya, enam suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 petang hingga 11 malam semalam di sekitar Kota Bharu manakala seorang lagi suspek di Selising, Pasir Puteh kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.

“Siasatan mendapati, tiga wanita yang berusia 33, 22 dan 21 tahun bekerja sebagai pembantu kedai dan mereka positif dadah jenis benzo. Ketiga-tiga suspek wanita itu juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Seorang suspek lelaki berusia 46 tahun juga positif dadah jenis benzo manakala seorang lagi lelaki berusia 24 tahun positif dadah jenis amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, kedua-dua suspek lelaki itu bekerja sebagai peniaga dan mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah serta kes jenayah.

Ujarnya, dua lagi suspek lelaki dalam kejadian tersebut iaitu buruh berusia 45 tahun dan penganggur berusia 19 tahun didapati negatif dadah.

Katanya, polis telah merampas sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza yang dipandu suspek dan barangan lain yang mempunyai kaitan dengan kejadian pergaduhan itu. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI