fbpx

Kaunter tutup, PTPTN sedia perkhidmatan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai disarankan untuk mengguna perkhidmatan dalam talian yang disediakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sepanjang penutupan kaunter PTPTN di seluruh negara.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, pelbagai kemudahan dalam talian disediakan oleh PTPTN meliputi urusan permohonan pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

“Pelajar yang berhasrat untuk memohon pinjaman PTPTN, permohonan (termasuk pembelian ID PTPTN) atau semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP), boleh berbuat demikian di juga laman web rasmi www.ptptn.gov.my.

“Bagi permohonan pinjaman yang telah diluluskan, pelajar hanya perlu menghantar Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman melalui pos ke Ibu Pejabat PTPTN, Menara PTPTN, Kuala Lumpur tanpa perlu hadir ke kaunter PTPTN,” katanya di sini hari ini.

Bagi urusan bayaran balik pula, PTPTN menyediakan pelbagai perkhidmatan di portal rasmi PTPTN seperti bayaran melalui fpx menggunakan akaun bank atau kad kredit, semakan penyata pinjaman, pengesahan baki dan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman (PKP 3.0).

“Tidak terhad kepada urusan di portal rasmi sahaja, PTPTN turut menyediakan kemudahan bayaran balik melalui aplikasi seperti MyPay, Shopee, BESTPay, KiplePay dan KelantanPay.

“Selain itu, bagi memudahkan pelanggan membuka akaun SSPN pula, PTPTN turut menyediakan perkhidmatan pembukaan akaun, penambahan simpanan serta semakan penyata SSPN di portal rasmi PTPTN,” jelasnya.

Katanya, pelanggan yang ingin berunding atau mempunyai sebarang pertanyaan, juga boleh menghubungi terus talian PTPTN di 03-2193 3000, atau Live Chat di portal rasmi serta media rasmi PTPTN. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI