fbpx

Azar Azmi dipuji, tolong Zarina Zainuddin tukar tayar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar dimuat naik Zarina menerusi Instagramnya (kanan) memaparkan Azar menukar tayar kenderaan miliknya di sebuah jalan.

PETALING JAYA – Sikap terpuji pelakon Azar Azmi yang membantu menukar tayar kenderaan Zarina Zainuddin di tepi jalan menuai pujian ramai peminat dalam Instagram.

Tindakan pelakon drama Derita Untuk Bahagia itu menukar sendiri tayar kenderaan milik Zarina yang pancit dikagumi ramai kerana tidak semua wanita pandai melakukan kerja berat seperti itu.

Perkara tersebut dikongsikan Zarina menerusi sebuah video memaparkan pelakon itu sedang menukar sebiji tayar belakang kenderaannya ketika dia dalam perjalanan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk membawa anak-anaknya menerima suntikan vaksin.

“Heroin drama #DeritaUntukBahagia. Baiknya hati dia. Dia cakap tak apa, kakak pergi selesaikan urusan suntikan vaksin untuk anak-anak.

“Saya uruskan kereta kakak. Dia buat sendiri. Terima kasih banyak @azarazmi. Nak bayar, katanya tak payah. Dia minta pulut kuning saja. Okey nanti kakak hantar,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, tindakan Azar menerima banyak komen positif yang memujinya berhati mulia kerana ringan tulang menolong orang lain yang dilanda kesusahan.

Termasuk pelakon Jasmin Hamid yang berseloroh mengaitkan kejadian tersebut dengan kisah yang berlaku dalam drama Derita Untuk Bahagia antara Mak Yam (Zarina) dan Alisha (Azar).

“Akhirnya budak yang kau buang tu yang tolong kau Yam oi,” tulis Jasmin

Tidak kurang juga yang memuji kehandalannya menukar tayar kenderaan, kemahiran yang jarang dikuasai oleh kaum wanita.

“Wow, pertama kali lihat perempuan cabut tayar pancit dan gantikan dengan yang baharu. Tabik!” tulis seorang netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI