fbpx

Individu dikecam kerana minta benda mengarut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari laman Twitter mengenai permintaan dua individu yang didakwa tidak masuk akal untuk diberikan bantuan.

PETALING JAYA – Laman web kitajaga.co yang dibuat oleh orang awam disalahgunakan oleh beberapa individu yang menggunakan platform tersebut dengan meminta perkara yang tidak sepatutnya tular di laman Twitter sejak semalam.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik pengguna @pedoqpop memaparkan dua individu seolah-olah mempersendakan golongan yang meminta bantuan dari platform tersebut dengan meminta barangan yang tidak masuk akal.

Malahan, dalam tangkap layar tersebut menyatakan bahawa seorang individu meminta iPhone 12 Pro Max manakala seorang lagi meminta durian musang king.

Lantaran hal itu, rata-rata pengguna laman Twitter mengecam tindakan individu terbabit yang tidak matang dan beranggapan perkara sebegitu tidak kelakar.

“Mereka yang salah guna platform ini boleh cuba buat senarai hitamkan algorithm, automatik permintaan mereka ditendang bila buat permintaan begini,” kata pengguna @amervox14.

“Bukan main bising pasal isu semasa dalam negara, tetapi masih ada lagi manusia minda kelas kelima macam ni. Sampai bilalah nak maju?” marah @ammarbahar.

“Sila dedahkan nombor telefon mereka. Kita lihat netizen maki mereka sikit baru ada akal kelakar atau tidak,” balas pengguna @SyaafiqAlami geram.

“Bergurau atau tidak, saya sokong jika mereka disekat. Jalan mudah untuk mengajar orang awam supaya tidak menyalahgunakan sesuatu,” ujar @maxburnz. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI