fbpx

Buruh didakwa ‘ratah’ anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan merogol anak kandungnya awal tahun ini.

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas dua pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia lapan tahun di dalam bilik tidur sebuah rumah di Pasir Puteh dekat sini awal tahun ini.

Tertuduh yang berusia 47 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol anak kandungnya apabila perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan mangsa.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan olehnya di dalam bilik tidur sebuah rumah di Pasir Puteh dekat sini pada bulan Januari dan Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan jaminan selain menetapkan tarikh 5 September depan untuk sebutan semula kes. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI