fbpx

Takut disihir, Mona elak derma barangan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONA ALLEN

PETALING JAYA – Pelakon jelita, Mona Allen kini lebih berhati-hati dalam memberi sumbangan berbentuk barangan yang telah digunakannya kepada orang lain bagi mengelakkan diri terkena perbuatan sihir.

“Saya belajar sesuatu hari ini. Jangan memberi bekas yang telah kita guna kepada orang lain.

“Kalau benda-benda baharu, tidak mengapa. Sebab mereka (penerima) mungkin hanya mahukan kamu (atau berniat jahat),” katanya dalam satu hantaran menerusi InstaStory.

Menjawab tentang hantaran itu, Mona, 36, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia sekadar ingin berhati-hati supaya jangan terlalu percaya orang lain kerana tidak tahu niat sebenar mereka.

“Sebenarnya perkara ini tidak terjadi kepada diri saya, tetapi seorang rakan.

“Seperti yang dialami oleh rakan saya. Kita tidak tahu niat seseorang. Mungkin dia nak gunakan benda yang kita bagi untuk tujuan jahat (sihir).

“Saya percaya perkara ini (sihir) masih lagi wujud. Alhamdulillah, setakat ini saya belum mengalami pengalaman disihir, tetapi saya perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu mendedahkan, dia takut jika barangan peribadi seperti pakaian yang diberikan kepada orang lain akan disalahgunakan.

Ujar isteri kepada pelakon dan juga pengarah, Pekin Ibrahim itu lagi, dia tidak berniat untuk me­nuduh atau menghasut orang ramai supaya tidak memberi sumbangan, tetapi hanya sekadar ingin mengingatkan mereka.

“Pengalaman saya sendiri, apabila saya beri sesuatu kepada orang lain, ada antara mereka tidak menghargainya.

“Saya percaya barang yang pernah kita gunakan mempunyai aura kita di situ dan boleh mempengaruhi orang lain,” jelasnya.

Mona memberitahu, ketika ini dia bergerak aktif mengumpul dana dan sumbangan yang dikutip daripada kenalan dan ahli keluarga untuk menggerakkan kempen ‘bendera putih’ dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI