fbpx

Perniagaan terjejas punca peniaga gantung diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Perniagaan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipercayai faktor mendorong seorang peniaga menggantung diri pada kipas siling di bilik tidur kediamannya di Taman Putra, dekat sini semalam.

Mangsa yang berumur 58 tahun itu ditemui tergantung oleh isterinya kira-kira pukul 1.45 petang sebaik tiba di rumah selepas keluar membeli barang keperluan harian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu melalui panggilan orang awam sekitar pukul 2.04 petang.

“Ketika kejadian isterinya tiada di rumah kerana keluar membeli barang keperluan dan hanya menyedari kejadian sebaik tiba di rumah.

“Mangsa yang mempunyai tiga cahaya mata mendiami rumah teres dua tingkat itu bersama isteri dan anak bongsu berusia 26 tahun, bagaimanapun anak bongsunya yang berada di dalam bilik lain tidak menyedari kejadian itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, berdasarkan maklumat ahli keluarganya, mereka memberitahu mangsa telah mengalami kemurungan dan pernah beberapa kali menjalani rawatan psikiatri di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC).

“Siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai mengalami masalah kemurungan selepas syarikat perniagaannya mengalami masalah kewangan yang teruk sejak PKP dilaksanakan menyebabkan operasi perniagaan terpaksa ditutup.

“Pemeriksaan di tempat kejadian dan pada tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI