fbpx

Penunggang maut cuba mencelah, elak lori rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan Ahmad maut selepas terperosok dalam kemalangan di Jalan Kampung Pegoh Dalam, Alor Gajah, Melaka, pagi tadi.

ALOR GAJAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas cuba mencelah di antara dua buah lori di Jalan Kampung Pegoh Dalam, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa, Roslan Ahmad, 50, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terperosok di antara kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian salah sebuah kenderaan tersebut mengalami kerosakan dan sedang dibaiki oleh seorang pemandu lori yang lain.

Jelasnya, sebuah lori telah diberhentikan di bahu kiri jalan, namun sebuah lagi berada di atas laluan lorong mangsa.

“Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Kampung Pegoh ke Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ).

“Setiba di lokasi, mangsa tidak sempat mengelak dan cuba mencelah lalu di antara dua buah lori tersebut, namun gagal sebelum terperosok di bawah kenderaan berat itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI