fbpx

Malaysia bukan negara gagal – Mustapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penerima di Masjid Kampung Berdang, Jeli hari ini. - Foto : ROSALWANI CHE SOH

JELI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menyangkal dakwaan portal berita, Bloomberg yang melaporkan bahawa Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara yang gagal.

Tegasnya, ketika berdepan krisis Covid-19, sistem pentadbiran negara kekal berfungsi dalam semua aspek termasuk kesihatan dan keselamatan selain semua institusi sama ada kerajaan atau swasta masih beroperasi seperti biasa.

“Meskipun dalam krisis, keadaan Malaysia masih seperti biasa malah ahli politik juga bekerja. Sekiranya, kerajaan gagal maka sistem politik semuanya lumpuh, namun semua institusi terus berfungsi.

“Pelantikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga sebagai bukti menunjukkan kesungguhan kerajaan meningkatkan ekonomi negara.

“Perdana Menteri juga melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diyakini dapat membantu Perdana Menteri selain membela rakyat. Insya-Allah kita akan buat terbaik dan kita tidak akan menjadi negara yang gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Penyampaian Bakul Makanan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) kepada 6,000 penerima di Parlimen Jeli di Masjid Kampung Berdang di sini hari ini.

Sebelum ini, Bloomberg melaporkan, Malaysia menduduki di tangga tercorot dalam senarai kemajuan 53 negara membuka semula ekonominya di tengah krisis pandemik Covid-19.

Senarai kebingkasan Covid-19 bagi Jun menempatkan Malaysia di tangga ke-51 di atas Filipina dan Argentina. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI