fbpx

Jaga suami, anak, Rebecca pula positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REBECCA mengakui positif Covid-19.

PETALING JAYA – Selepas suami, enam anak dan tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19, kini pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam pula dijangkiti virus tersebut.

Menurut Rebecca, 35, dirinya dijangkiti Covid-19 selepas menjaga suami dan anak-anaknya yang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

“Pada awalnya saya negatif namun akhirnya saya juga disahkan positif Covid-19 selepas menjaga suami dan anak-anak tercinta.

“Doakan saya serta seluruh ahli keluarga lain sihat seperti sedia kala. Secara jujur saya juga hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terfikir bahawa semua ini hadir dengan sekelip mata daripada Allah SWT,” dedahnya dalam menerusi sebuah hantaran dalam Instagram miliknya tengah malam tadi.

Dalam pada itu, Rebecca memberitahu, atas sifat keprihatinan sebagai seorang isteri dan ibu, dia sanggup menjaga suami serta enam orang anak-anaknya meskipun tahu risiko yang menanti.

“Saya tak sampai hati dan terpaksa masuk bercampur dengan mereka semua untuk memberi ubat dan sebagainya.

“Demi anak-anak dan suami yang terlalu lemah, saya cuba kuatkan diri dan akhirnya malam tadi saya juga disahkan positif Covid-19,”

Dia juga turut agar memohon orang ramai terus mendoakan kesihatan dia dan keluarga kembali sihat seperti sedia kala.

“Terlalu laju, bahaya sangat Covid-19 ini, kesian tengok suami dan anak-anak semua.

“Saya reda dengan ujian ini. Terima kasih atas doa anda semua,” katanya lagi.

Pada 8 Julai lalu, Rebecca memberitahu, suaminya, Datuk Norazam, enam anak serta tiga pembantu mereka disahkan positif Covid-19.

Anak-anak yang positif termasuklah, Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana.

Dalam hantaran tersebut, Rebecca turut memaklumkan bahawa keadaan suaminya sedikit teruk berbanding yang lain. – K ! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI