fbpx

Pembantu tadbir didakwa makan suap RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sahiful (tengah) ketika berada di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu atas dua pertuduhan rasuah. -Foto IHSAN SPRM SABAH

KOTA KINABALU – Seorang pembantu tadbir di sebuah jabatan di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu atas dua pertuduhan rasuah membabitkan nilai RM30,000.

Tertuduh, Sahiful Ag Ahmad yang bertugas sebagai Ketua Pejabat Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Cawangan Kota Kinabalu membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Sahiful didakwa menerima rasuah RM20,000 daripada pemilik syarikat Mulia Jelata Sdn. Bhd. dan RM10,000 daripada Syarikat Majorra Logistics Sdn. Bhd.

Menurut pertuduhan pertama, Sahiful didakwa menerima wang berkenaan di tempat letak kereta Bay 21, Jalan Bayu 21, Off Jalan Istiadat pada bulan September 2019 bagi urusan membabitkan kerja-kerja tug bot di Pelabuhan Sepanggar.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai pada 11 November 2019 sekitar pukul 7.50 petang di Restoran Al-Fresco, Magellan Sutera Harbour bagi membantu mendapatkan surat kebenaran beroperasi bot tunda di Pelabuhan Kota Kinabalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 dengan deposit RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut diarahkan melaporkan diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu dua bulan sekali dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI