fbpx

Ramai majikan tidak benarkan bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (kanan) ketika mengetuai operasi pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di sebuah kilang di Pulau Indah hari ini. - ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Ramai majikan di negara ini didapati tidak membenarkan kakitangannya bekerja dari rumah ketika pandemik Covid-19.

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim apabila 2,154 daripada 5,003 aduan diterima menerusi aplikasi Working For Workers (WFW) sejak dilancarkan Mei sehingga kelmarin.

“Kesemua aduan kita akan siasat dan disebabkan itu perbincangan dilakukan dengan majikan supaya ada tolak ansur ketika kita menghadapi Covid-19.

“Kita terpaksa hadapi, satu dunia memang terkesan dengan keadaan ini. Justeru, pertimbangan daripada pengurusan tertinggi setiap syarikat diperlukan ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) hari ini.

Beliau memberitahu, sebanyak 793 kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahaan Pekerja 1990 (Pindaan 2019) sehingga kelmarin hasil pemeriksaan terhadap 20,674 majikan yang melibatkan 112,840 penginapan di seluruh negara.

Awang menjelaskan, daripada jumlah tersebut sebanyak 125 kes telah didakwa melibatkan jumlah denda sebanyak RM431,000 manakala 348 kes lagi dikenakan kompaun berjumlah RM4.5 juta. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI