fbpx

Peluang lawat kapal korek TT5 secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warisan kapal korek negara, Tanjung Tualang Nombor 5 yang terletak di Tanjung Tualang, Batu Gajah.

IPOH – Mahu merasai pengalaman berada dalam kapal korek yang belum tercapai kerana situasi pandemik Covid-19?

Tiada masalah kerana orang ramai kini boleh melawat secara maya satu-satunya warisan kapal korek negara iaitu Tanjung Tualang Nombor 5 (TT5) yang terletak di Tanjung Tualang, Batu Gajah hanya menerusi telefon pintar atau komputer riba masing-masing.

Pengurus Amanjaya TT5 Sdn. Bhd., Shahrin Zainon berkata, idea lawatan maya ini adalah pendekatan berbeza kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat kapal korek warisan negara ini berikutan pandemik Covid-19 yang menyukarkan pergerakan.

Menurut beliau, ia hasil kerjasama Lokalocal iaitu sebuah syarikat penyedia pengalaman pelancongan secara realiti maya serta boleh diakses secara percuma menerusi link lokalocal.com/vr/tt5perak.

“Pelayar akan merasai pengalaman sebenar berada dalam sebuah kapal korek dan memahami bagaimana operasi perlombongan serta menikmati persekitaran kawasan yang cukup menarik terutama pemandangan di sekitarnya.

“TT5 mengambil maklum tentang setiap perincian kapal korek yang mempunyai sejarah tersendiri perlu diterangkan oleh pemandu pelancong kepada pengunjung. Sebagai permulaan, kami menetapkan waktu lawatan tertentu bersama dengan tour guide terlatih dari TT5,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Lebih menarik lagi, pemandu pelancong sebenar akan menerangkan satu demi satu tentang keistimewaan pada kapal korek ini yang boleh diakses pada setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu, pukul 10 pagi dan 3 petang.

Jelas Shahrin, meskipun pengalaman berkunjung secara virtual, namun pelayar tetap merasakan keunikannya, sama seperti berada di TT5. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI