fbpx

Nia Ramadhani, suami kantoi dadah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIA RAMADHANI dan suaminya Ardi Bakrie.

Jakarta – Pelakon popular Indonesia Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaaan dadah.

Memetik laporan CNN Indonesia hari ini, perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombers, Yusri Yunus.

“Saya membenarkan Nia dan Ardi sementara kita lakukan pemeriksaan di Polres Jakarta Pusat (Ibu Pejabat Polis),” kata Yusri kepada pemberita.

Tidak berkongsi lanjut mengenai kronologi tangkapan dan bahan bukti, Yusri memaklumkan bakal mengadakan sidang akhbar petang ini.

“Saya akan mengadakan sidang akhbar selepas Zuhur (petang) nanti,” katanya ringkas.

Sehingga kini, usaha pihak media Indonesia mendapatkan respon daripada pasangan suami isteri itu masih tidak berhasil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI