fbpx

Kutipan sisa pepejal beroperasi seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Perkhidmatan kutipan sisa pepejal SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan beroperasi seperti biasa di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan mukim di daerah ini, bermula 9 Julai sehingga 22 Julai.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, lapan mukim berkenaan ialah mukim Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban dan Setul.

Menurutnya, penduduk di kawasan berkenaan hanya perlu menguruskan sisa secara berhemah dengan membungkus sisa domestik di dalam bungkusan beg plastik.

“Ia perlu diikat kemas dan melupuskannya ke dalam tong sampah beroda.

“Bagi sisa pukal, kitar semula dan sisa taman pula, penduduk hendaklah membungkus dengan kemas dan meletakkannya di tepi tong sampah beroda ketika kutipan satu kali seminggu.

“Bagi sisa taman, penduduk hendaklah memastikan sisa ranting pokok diikat kemas dan diletakkan di sebelah tong sampah beroda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI