fbpx

Sydney sambung ‘lockdown’ seminggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berjalan berhampiran Opera House Sydney pada 30 Jun lalu. -Getty Images

SYDNEY – Kerajaan negeri New South Wales (NSW) mengumumkan akan menyambung ‘lockdown’ atau perintah berkurung selama seminggu lagi di Sydney sehingga tengah malam 16 Julai ini susulan peningkatan jumlah kes jangkitan komuniti Covid-19, lapor laman berita Xinhua News.

Negeri itu mencatatkan 27 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 24 jam  sehingga pukul 8 malam semalam (waktu tempatan).

Premier NSW, Gladys Berejiklian berkata keputusan ‘sukar’ itu adalah berpandukan nasihat daripada Kesihatan NSW.

“NSW mengambil langkah ini kerana kita tidak mahu berada dalam kedudukan di mana kita perlu sentiasa berubah daripada melaksanakan sekatan kepada melonggarkan sekatan dan kembali melaksanakan sekatan semula,” katanya.

Ketua Pegawai Kesihatan NSW, Kerry Chant berkata ketika ini terdapat 37 pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dan tujuh daripadanya dirawat di unit rawatan rapi manakala dua lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dia turut menegaskan penyakit tersebut turut memberi risiko kepada golongan muda.

Bahagian paling teruk terkesan dengan Covid-19 ketika ini adalah di pinggir bandar Sydney yang melibatkan penduduk berbilang budaya.

Menteri Berbilang Budaya NSW, Natalie Ward hari ini mengumumkan dana berjumlah $AUD1 juta (RM3.12 juta) sebagai tindak balas segera bagi menangani kesan pandemik kepada ahli komuniti.

“Dana ini akan membantu organisasi bagi memberikan bantuan berupa makanan, pengangkutan dan sokongan bahasa bagi menghadapi waktu sukar ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI