fbpx

Sangka mahu ditangkap polis, rupanya dihulur sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Adli (kanan) menyampaikan bakul makanan kepada Omar di Kampung Gaung Pecung, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Program Op Bantu di daerah diketuai Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud sedikit kecoh apabila seorang penerima salah sangka ingin diberkas pasukan keselamatan itu.

Omar Yusof, 60, yang kurang pendengaran agak cemas dan tertanya-tanya kesalahannya dilakukannya sebelum berjaya ditenangkan Mohd. Adli.

“Saya tinggal bersendirian sejak berpisah dengan isteri pada tahun 1980-an selain mempunyai masalah pendengaran selepas dihempap pokok balak semasa bekerja kira-kira 20 tahun lalu.

“Jarang terima tetamu apatah lagi polis sebab itu saya cemas. Lega apabila dimaklumkan kedatangan mereka (polis) sebenarnya mahu menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Gaung Pecung di sini hari ini.

Terdahulu dia merupakan salah satu daripada 10 penerima terawal Op. Bantu inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat daerah ini yang disampaikan Mohd. Adli.

Sementara itu, Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebanyak 300 bakul makanan berisi barangan keperluan harian tersebut akan diagihkan secara berperingkat kepada penduduk daerah ini yang terkesan dengan PKP. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI