fbpx

Fantasi indah Raducanu pada Wimbledon berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU terpaksa menarik diri daripada meneruskan perlawanan pertama Terbuka Nottingham kelmarin.

LONDON – Kejutan demi kejutan yang dilakukan oleh pemain berusia 18 tahun, Emma Raducanu pada Kejuaraan Wimbledon akhirnya terkandas di pu­singan keempat selepas pemain remaja Britain itu terpaksa menarik diri pada set kedua perlawanan selepas mengalami masalah pernafasan.

Pada saingan tersebut, Ra­ducanu telah berusaha keras dalam permainannya, namun akur tewas 4-6 kepada pemain Australia, Ajla Tomljanovic, manakala pada set kedua perlawanan pula dia terpaksa memanggil jurulatih apabila mengalami masalah kesukaran bernafas.

Raducanu yang turun atas tiket wildcard dilihat meninggalkan gelanggang perlawanan untuk menerima rawatan lanjut.

Penganjur perlawanan me­negaskan, pemain berusia 18 tahun itu tidak mampu meneruskan perlawanan dan menarik diri kerana mengalami masalah pernafasan. Tomljanovic mara ke peringkat suku akhir selepas disahkan meraih kemenangan 6-4, 3-0.

“Saya benar-benar minta maaf kepada Raducanu dan saya harap mampu menyelesaikan perlawanan ini bersamanya. Saya berharap dia segera pulih dan turun semula dalam sukan tenis,” katanya.

Raducanu yang menduduki ranking ke-338 dunia itu dilihat menunjukkan tanda-tanda tidak sihat apabila sering memegang perutnya pada set kedua perlawanan ketika dia ketinggalan 0-3.

Bagaimanapun, penampilan Raducanu pada Grand Slam merupakan pencapaian membanggakan dan dianggap sebagai bintang dalam pembikinan selepas mempamerkan aksi cukup memukau dalam debut di Wimbledon.

Raducanu berjaya melangkah ke pusingan keempat selepas menyingkirkan bintang Romania, Sorana Cirstea dan turut menumbangkan Marketa Vondrousova pada awal sai­ngan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI