fbpx

Zara Zya sedih, kecewa dituduh songlap duit bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARA ZYA

PETALING JAYA – Luluh hati pelakon Zara Zya apabila hingga kini masih ada pihak yang memandang serong dan mendakwa dirinya mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Zara berkata, dia tidak tahu kenapa dirinya terus menerus dituduh makan duit haram sedangkan berniat melakukan kebaikan menerusi kerja-kerja kebajikan dan perkara tersebut sangat dikesalkannya. Tidak cukup dengan itu, setiap perkongsiannya berhubung kerja-kerja kebajikan pasti akan mengundang kecaman negatif dan dikatakan menunjuk-nunjuk daripada netizen.

“Saya kecil hati, saya kecewa sebab apa yang saya tahun saya buat kerana ikhlas. Saya memang suka tolong orang. Saya suka kongsi rezeki dengan orang. Dari dekat sekolah sampailah sekarang.

“Jadi sampailah sekarang saya gunakan nama saya Zara Zya untuk ajak orang ramai sama-sama buat kebaikan dan kebajikan. Saya nak bantu lebih ramai orang. Duit saya sendiri tak cukup untuk semua orang.

“Bila saya buka laman web Malaysiaprihatin, orang tuduh saya macam-macam. Makan duit haramlah, ambil hak dan rezeki orang lainlah,” katanya sambil menangis menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya malam tadi.

Dalam hantaran video berdurasi hampir satu jam tersebut, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin turut tidak faham dengan segelintir penyumbang dalam web berkenaan yang ketelusan pengagihan wang bantuan telah dihukurkan.

“Mereka bagi sumbangan akan dapat resit. Saya tahu laman web itu baru dibuka. Demi Allah sumbangan itu bukan untuk saya tetapi untuk orang lain. Kalau boleh keluar jauh saya mahu jumpa lebih ramai orang tetapi keadaan yang tak mengizinkan, sekarang masih Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Saya dah buat macam-macam tapi orang tetap tak nak support (sokong) saya. Kenapa? Bukan senang saya nak buat laman web tersebut.

“Bukan senang juga saya nak dapat dan kumpulkan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang saya ada hingga kini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Pia itu turut meminta orang ramai terus menyokong dan mendoakannya selain menyifatkan dugaan yang diterima sebagai asbab untuk dia terus melakukan kebaikan kepada lebih ramai dengan kerja-kerja kebajikan.

Terdahulu, Zara berbekalkan modal simpanannya sendiri mengambil inisiatif menubuhkan sebuah laman web, www.malaysiaprihatin.com pada tahun bertujuan menyediakan platform sah dan telus untuk mana-mana pihak yang memerlukan dan berminat untuk menyalurkan sumbangan.

Bagaimanapun, hingga ke saat ini, niat murni dan ikhlasnya sering disalah erti, dipertikai dan dipersoal segelintir netizen yang melabelkannya hanya mengambil kesempatan dan sekadar menunjuk-nunjuk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI