fbpx

Lapangan Terbang Suvarnabhumi bergegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi berjalan seperti biasa. - The Nation

BANGKOK – Jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Samut Prakan tidak terjejas meskipun berada dalam radius insiden letupan kilang yang menggegarkan lokasi tersebut pagi semalam.

Menurut laporan akhbar The Nation, tiada arahan pengosongan bangunan dikenakan ke atas lapangan terbang itu walaupun terletak dalam lingkungan lima kilometer dari lokasi nahas.

Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Krittiya Konthing berkata, penerbangan beroperasi seperti biasa kerana letupan itu tidak mempengaruhi lalu lintas udara.

“Bagaimanapun, pihak lapangan terbang akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menilai keadaan dan menyediakan rancangan kecemasan sekiranya situasi bertambah buruk,” katanya.

Beliau menambah, pihak lapangan terbang bekerjasama dengan Jabatan Pencegahan dan Pembendungan Bencana (DDPM) bagi membantu penumpang yang terkesan akibat letupan itu.

“Penumpang boleh menghubungi Pusat Perhubungan AOT di talian 1722 untuk mendapatkan maklumat mengenai penerbangan dan perkhidmatan,” katanya. 

Sekurang-kurangnya 70 buah rumah dan 15 kenderaan rosak dalam letupan pagi semalam, manakala 20 orang cedera, demikian menurut DDPM. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI