fbpx

[VIDEO] Makanan food bank kena sapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tiga individu menyapu semua barang keperluan di satu food bank di Pulau Pinang, semalam.

PETALING JAYA – Ramai pihak mewujudkan “food bank” bagi menyediakan bantuan makanan kepada golongan memerlukan.

Badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk sehingga kepada pengurusan masjid atau surau.

Bagaimanapun semalam tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) beberapa individu dilihat “memborong’ dan ‘sapu’ makanan “food bank”.

Seorang lelaki dan dua wanita mengambil kesemua makanan disediakan dan memasukkannya dalam bungkusan plastik. Dipercayai sardin dan susu pekat.

Perbuatan pada waktu malam itu menerima kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Seorang netizen Nasir Tg mempersoalkan sama individu terbabit mungkin mengambilnya untuk dijual semula.

Ada juga netizen menyarankan supaya “food bank” dijaga supaya tiada pihak mengambil kesempatan.

“Ramai orang lain memerlukan barangan makanan tersebut. Jangan tamak,” kata netizen lain.

Lokasi kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI