fbpx

Asyraf Wajdi, Tun Faisal ‘berperang’ di FB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

PETALING JAYA – Perang mulut tercetus antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan pemimpin UMNO digantung keahlian enam tahun, Tun Faisal Ismail Aziz di Facebook hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi memuat naik status menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan seorang pimpinan UMNO berjawatan tinggi dalam kerajaan.

“Kecewa betul pagi ini katanya Asyraf (Wajdi) jangan terlalu percaya dengan sentimen di media sosial sebab naratifnya dikawal oleh DAP-PH (Pakatan Harapan).

“Realitinya Perdana Menteri dan kerajaan masih popular dalam kalangan rakyat akar umbi. Dalam hati saya cuba baca setiap komen pada setiap hantaran saya akan rintihan dan keluhan rakyat yang kesempitan adalah” real”,” katanya.

Tun Faisal kemudian menulis komen hantaran itu mendakwa Asyraf Wajdi sebagai individu berpendidikan agama dan Ketua Pemuda UMNO tidak wajar bersubahat dengan penipuan dan usaha Presiden UMNO.

Beliau mendakwa Presiden UMNO berusaha membentuk Jajaran Baharu bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Tun Faisal seterusnya mendakwa Ketua Pemuda UMNO tidak wajar berusaha merebut kuasa pada waktu pandemik Covid-19 kerana usaha menyelamatkan nyawa rakyat lebih utama.

Asyraf Wajdi membalas komen dengan meminta Tun Faisal tidak mencipta persepsi bukan-bukan kerana beliau individu pertama akan membantah jika UMNO menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri atau mewujudkan kerajaan diketuai DAP-PH.

“Ini bertentangan dengan pendirian seluruh Pemuda UMNO 191 Bahagian, Perhimpunan Agung UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI