fbpx
Gambar hiasan

27 premis langgar SOP diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebanyak 27 buah premis meliputi kilang, premis perniagaan, tapak pembinaan dan asrama pekerja diarahkan tutup semalam kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang dilakukan pihak kilang dan premis terbabit dikesan hasil pemeriksaan oleh Pasukan Khas Operasi Pematuhan.

“Sebanyak 88,183 pemeriksaan dan semakan pantas dilakukan di seluruh negara melibatkan kekuatan anggota seramai 20,751 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 2,798 kilang, 17,349 premis perniagaan, 727 tapak pembinaan dan 211 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan terhadap kilang dan premis perniagaan berikutan terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR