fbpx

79 kematian setiap hari akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan jangkitan Covid-19 melibatkan komuniti di negara ini berada pada paras 4 dan secara purata sebanyak 79 kematian setiap hari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia berdasarkan rekod bagi minggu epidemiologi (ME) ke-26 iaitu antara 27 Jun hingga 3 Julai lalu.

“Peningkatan jangkitan dalam komuniti dicatatkan sepanjang tempoh 10 minggu lalu sejak ME ke-16 sebelum paras 4 pada penghujung ME ke-26 yang berdasarkan dua petunjuk iaitu kes dan kadar kemasukan ke hospital.

“Bagi paras 0, tiada kes atau kes import; paras 1(kurang tiga kes bagi setiap 100,000 populasi), paras 2 (tiga hingga kurang tujuh kes bagi setiap 100,000 populasi), paras 3 (tujuh hingga kurang 21 kes bagi setiap 100,000 populasi) manakala paras 4 (21 kes ke atas bagi setiap 100,000 populasi),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelaras PICK merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara maya, hari ini.

Adham berkata, pihaknya merekodkan peningkatan 3.1 peratus pada tempoh sama bagi pesakit unit rawatan rapi (ICU) iaitu 892 kes.

“Bagi kes melibatkan alat bantuan pernafasan pula, ia juga mencatatkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus dengan purata 448 kes.

“Melihat kepada ME ke-26, seramai 443 pesakit memerlukan alat bantuan mesin pernafasan,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI