fbpx

[VIDEO] 15 kaki judi laga ikan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada 31 ikan laga yang digunakan dalam aktiviti perjudian di Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya, Dungun pada Sabtu lalu.

DUNGUN – Keghairahan 15 lelaki bertaruh judi ikan laga membawa padah apabila diserbu polis di Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya dekat sini kelmarin.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 56 tahun diberkas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebuah pondok yang terletak di belakang sebuah rumah telah dijadikan port bermain judi dengan ikan
laga berkenaan.

“Serbuan berkenaan merampas 31 ikan laga yang diletakkan di dalam 26 botol kecil dan lima balang selain tiga serkap ayam, sebuah kotak gabus, sebuah bakul sulaman dan dua buah beg yang dipercayai digunakan untuk perjudian tersebut.

“Wang tunai RM950 yang disyaki merupakan wang pertaruhan juga telah dirampas,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI