fbpx

Tiada jalan pintas dapat janji temu vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KKM mengeluarkan poster berhubung penyebaran maklumat palsu mengenai kaedah cepat mendapat janji temu vaksin.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat mesej palsu tersebar di media sosial berhubung jalan pintas untuk mendapatkan janji temu suntikan vaksin.

KKM melalui hantaran terbaharu di laman Twitter berkata, orang ramai diminta supaya tidak mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam mesej palsu tersebut.

“Tiada jalan pintas untuk mendapatkan janji temu kerana ia diberikan secara automatik dan berperingkat.

“Orang ramai diminta untuk tidak masuk ke bahagian ‘HelpDesk’ bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI