fbpx

Operasi pejabat kerajaan di lima negeri secara hibrid, BDR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Operasi pejabat kerajaan bagi Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, bagi lima negeri itu, kehadiran di pejabat tidak melebihi 40 peratus bagi keseluruhan dan 60 peratus BDR secara penggiliran.

Beliau berkata, kehadiran di pejabat itu bagaimanapun tidak terpakai bagi perkhidmatan frontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

“Selain itu, semua mesyuarat dan perbincangan pula dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zuki berkata, perkhidmatan kaunter adalah dibuka dan ia tertakluk seperti mana arahan pada 29 Jun lalu.

“Kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Jelas beliau, arahan itu juga terpakai bagi mana-mana negeri yang akan beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa dua. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI