fbpx

Kereta mewah RM5.2 juta dipenyek jadi kepingan logam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan-kenderaan mewah tersebut dirampas oleh pihak kastam Filipina kerana diimport secara haram. - EPA

MANILA –  Sebilangan pemilik kereta pelbagai jenama mewah di Filipina terpaksa berputih mata apabila kenderaan milik mereka dimusnahkan secara terbuka oleh pihak berkuasa, lapor akhbar The Sun semalam.

Hukuman tersebut berikutan kesemua mereka didapati terbabit dengan sindiket penyeludupan kenderaan secara haram.

Menerusi kerja-kerja pemusnahan yang dilakukan itu, sebanyak 21 kereta dengan nilai keseluruhan £900,000 (RM5.2 juta) dimusnahkan menggunakan jengkaut sehingga menjadi kepingan logam.

Antara model kereta yang terlibat adalah Bentley Flying Spur, Porsche 911, Mercedes SLK, Lotus Elise dan McLaren 620R.

McLaren 620R edisi terhad dijual pada harga £250,000 (RM1.4 juta) dan terdapat hanya 225 unit yang dihasilkan seluruh dunia.

Kenderaan-kenderaan mewah tersebut sebelum itu dirampas oleh pihak kastam Filipina selepas didapati diimport secara haram.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sebelum ini memberi amaran bahawa kerajaan pentadbirannya serius dalam usaha membenteras aktiviti penyeludupan.

Beliau bertegas dengan keputusannya untuk memusnahkan kenderaan-kenderaan tersebut dan enggan melelongnya untuk mengumpul dana yang boleh digunakan terhadap penduduknya yang miskin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI