Menjelaskan mengenai sejarah laksa Johor itu, Pengarah Yayasan Warisan Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, pada pemerintahan Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim (1886-1895), baginda telah mengadakan lawatan ke seluruh Eropah.
“Tuanku Sultan Abu Bakar berangkat ke Itali dan menemukan makanan yang menggunakan spageti iaitu spageti bolognese. Sekembalinya ke tanah air, baginda menitahkan tukang masak istana mengubah suai makanan tersebut mengikut cita rasa Johor. Spageti digunakan sebagai bahan utama, manakala kuahnya diubah berasaskan ikan,” katanya kepada Panorama baru-baru ini.
Cef restoran Rumah Mas, Azmi Mat, 43, berkata, untuk menyediakan menu laksa Johor memerlukan penelitian, malah mengambil masa antara dua hingga tiga jam yang turut bergantung kepada jumlah sajian.
Baca artikel penuh di www.kosmo.com.my
LAKSA merupakan perkataan yang dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu laksha yang membawa maksud banyak atau puluhan ribu. Merujuk dokumen lama, Batu Bersurat Kedukan Bukit, Sumatera, Indonesia, laksa merujuk kepada banyaknya bahan mentah dan rempah yang digunakan dalam menyajikan makanan tradisional khususnya orang Melayu yang tinggal di persisiran pantai.
Peta makanan dunia, Taste Atlas yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria menyenaraikan laksa di tangga ke-27 makanan paling sedap di dunia. Malah, agensi media antarabangsa, CNN meletakkan sajian itu menduduki tangga ketujuh daripada 50 makanan terbaik dunia. Persoalannya, dari mana asal sebenar laksa? Terdapat pelbagai teori mengenainya dan persoalan itu belum dapat dirungkai.
Berbalik kepada laksa di Malaysia, portal Saji.my menyenaraikan terdapat sembilan variasi sajian laksa di negara ini iaitu laksa Johor, laksa Penang, laksa Terengganu, laksa Sarawak, laksa Kuala Perlis, laksa lemak Kedah, laksa Kelantan, laksa Ipoh serta laksa kari.
Kepelbagaian olahan juadah laksa ini dipengaruhi cara hidup serta budaya masyarakat di negeri masing-masing.
Laksa Johor merupakan laksa berkuah berasal dari selatan Semenanjung Malaysia.

Berbanding laksa negeri lain, laksa Johor mudah dikenali kerana rupanya yang unik iaitu menggunakan spageti sebagai laksanya sedangkan laksa negeri lain menggunakan laksa beras atau tepung.
Menurut buku masakan yang mendapat pengiktirafan dunia berjudul Johor Palate: Tanjung Puteri Recipes nukilan anak jati Johor, Datin Kalsom Taib dan Datin Hamidah Abdul Hamid, laksa Johor mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim yang memerintah sekitar tahun 1886 hingga 1895.
Buku itu menyatakan, laksa Johor menggunakan spageti berikutan Sultan Abu Bakar terpikat dengan sajian spageti bolognese sewaktu keberangkatan baginda ke Itali.
Justeru, setelah pulang ke istana, baginda menitahkan tukang masak istana menggantikan laksa beras dengan spageti.

Menjelaskan mengenai sejarah laksa Johor itu, Pengarah Yayasan Warisan Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, pada pemerintahan Sultan Abu Bakar, baginda telah mengadakan lawatan ke seluruh Eropah.
“Tuanku Sultan Abu Bakar berangkat ke Itali dan menemukan makanan yang menggunakan spageti iaitu spageti bolognese. Sekembalinya ke tanah air, baginda menitahkan tukang masak istana mengubah suai makanan tersebut mengikut cita rasa Johor. Spageti digunakan sebagai bahan utama, manakala kuahnya diubah berasaskan ikan,” katanya kepada Panorama baru-baru ini.
Secara asasnya, laksa Johor menggunakan spageti bagi laksanya sementara ikan parang, kembung serta isi udang pula digunakan sebagai bahan utama membuat kuah.
“Kuah laksa Johor juga lebih pekat berbanding laksa negeri-negeri lain dan disebabkan itu rakyat Johor biasa makan laksa ini menggunakan jari, bukan garpu atau sudu,” tulis buku Johor Palate: Tanjung Recipes yang juga dilaporkan oleh laman espoletta.com.
Spageti bagi laksa Johor juga lazim disediakan dalam bentuk ‘chap’ atau gulungan bak sanggul sebagaimana yang pernah didemonstrasikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di media sosial semasa tular perdebatan netizen mengenai laksa baru-baru ini.
Salah satu restoran di Johor yang semakin meningkat popular dengan sajian laksa Johor dalam kalangan masyarakat negeri itu ialah restoran Rumah Mas di Johor Bahru.

Menurut cef restoran itu, Azmi Mat, 43, untuk menyediakan menu laksa Johor memerlukan penelitian, malah mengambil masa antara dua hingga tiga jam yang turut bergantung kepada jumlah sajian.
“Laksa Johor kalau nak sedap kena guna tiga bahan utama ini iaitu ikan parang, kembung dan isi udang. Kalau guna ikan lain, dari segi rasa akan ‘agak lain’.
“Di restoran, kita menggunakan bahan-bahan yang segar untuk memastikan sajian dihidangkan berkualiti selain keenakannya sampai terangkat,” celoteh Azmi yang sudah berpengalaman lebih 24 berkecimpung dalam dunia masakan.
Azmi yang memperoleh resipi laksa Johor daripada nenek kenalannya yang merupakan bekas tukang masak istana berkata, bahan utama itu akan direbus terlebih dahulu sebelum tulang serta isi ikan diasingkan dan dikisar sehingga menghasilkan tekstur halus.
Jelasnya, air rebusan ikan digunakan untuk membuat kuah.
“Tumis pula cili yang dikisar bersama bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas, udang kering serta sedikit belacan bakar sehingga naik bau lalu masukkan serbuk kari dan serai yang diketuk serta kerisik,”katanya.
Tiga bahan iaitu isi ikan parang, kembung serta udang itu dimasukkan ke dalam kuah, renehkan dengan api perlahan dan masukkan santan serta ikan kurau masin sehingga mendidih.
Perasakan masakan dengan gula Melaka, sedikit gula dan garam mengikut kesesuaian.
Bagi ulam-ulaman pula, Azmi berkata, bahan-bahan segar seperti timun batang, tauge, bawang besar, lobak masin, daun kesum, bunga kantan serta limau kasturi.
Sementara itu, pemilik restoran Rumah Mas, Masrina Shamsudin, 35, mengakui, menu laksa Johor antara sajian pilihan pelanggan di restoran yang baru dibuka sejak Mac lalu itu.














