fbpx

Didakwa mualaf, Mawar tak marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR RASHID

APABILA dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai darah kacukan, pasti ramai yang tertanya-tanya status agama dan warganegara seseorang.

Itu yang dialami Mawar Rashid baru-baru ini apabila ada netizen yang bertanya, sama ada dia seorang mualaf dan beragama Islam sejak lahir.

“Mawar seorang mualaf atau seorang beragama Islam sejak lahir?” tanya seorang netizen dalam InstaStorynya.

Jawab Mawar, dia beragama Islam sejak lahir, namun ibunya merupakan seorang mualaf.

“Mawar seorang Islam sejak dari dalam perut tapi mak Mawar yang mualaf. Soalan yang bagus, pertama kali dapat soalan begini,” jawabnya.

Mungkin soalan tersebut diajukan kepada Mawar kerana dia sering berkongsi video bertutur dalam bahasa Thailand. Ramai keliru rupa-rupanya ya.

Semakin hari semakin kedengaran pelik soalan netizen ya. Namun, bagus juga bertanyakan perkara tersebut kerana boleh merungkai banyak salah faham.

Apa pun, pujian harus diberikan kepada Mawar yang menjawab soalan tersebut dengan tenang dan tidak mudah melenting seperti sesetengah artis. Teruskan sifat merendah diri itu ya.

DIVA: Bahaya sungguh lagu Kucu Kuca menghantui kehidupan Diva. Mungkin lagu ini sangat santai dan boleh bantu hilangkan tekanan musim PKPD.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI