fbpx

Bendera putih: Terserah mufti beri pandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika menziarahi Mohamad Yusof Salim, 52, yang telantar sakit pada program penyerahan Inspirasi Prihatin Yapeim di Tanjung Agas, Pasir Panjang Port Dickson hari ini

PORT DICKSON – Terserah kepada mana-mana mufti di negeri masing-masing untuk menyatakan pandangan mereka mengenai kibaran bendera putih yang dijadikan kempen di media sosial sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup yang dihadapi untuk meminta bantuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, walaupun mungkin terdapat perbezaan pendapat mengenai hal itu, apa yang lebih penting adalah membantu masyarakat yang dalam kesusahan.

“Saya serahkan kepada sahibus samahah datuk-datuk mufti, saya tengok banyak pndangan mereka, yang saya katakan tadi kita bantu, matlamat kami, kami bantu seadanya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan Inspirasi Prihatin Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Pasir Panjang, dekat sini hari ini.

Baru-baru ini, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan mengibarkan bendera putih kerana muftinya, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, pihaknya beranggapan tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan kerana mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi.

Bagaimanapun, Wan Salim kemudiannya memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang timbul berhubung kenyataan beliau itu dan tegasnya, kenyataannya adalah semata-mata didorong kebimbangan ia boleh menggugat akidah seseorang Muslim.

Dalam pada itu, menurut Zulkifli, Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang baru-baru ini memutuskan ibadat korban adalah dibenar untuk dilaksanakan termasuk di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Namun begitu, jelas beliau, mestilah mengikut tiga pilihan prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban itu yang diwartakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain nasihat daripada mufti-mufti setiap negeri. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI