fbpx

Wasiyyah Shoppe sasar 8,000 pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wasiy­yah­ Shoppe Bhd.(Wasiyyah Shoppe)­ telah menyediakan lebih dari­pada 5,000 dokumen hibah harta­ bercagar untuk pe­langgannya di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Ariffin Sabirin berkata, jumlah ini menjadikan jumlah pelanggan bagi perkhidmatan hibah harta bercagar terkumpulnya adalah seramai 25,000 pelanggan iaitu 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pelanggan yang membuat hibah semenjak 2004.

Menurut beliau, perkhidmatan hibah harta bercagar merupakan perkhidmatan Wasiyyah Shoppe yang pa­ling mendapat sambutan masyarakat semenjak enam tahun lalu.

“Pandemik Covid-19 memberi impak kepada banyak syarikat tetapi perkhidmatan hibah harta bercagar Wasiy­yah Shoppe terus mendapat sam­butan dengan pening­katan permintaan hampir 100 peratus berbanding tahun kewangan 2019/20.

“Syarikat optimis perkhidmatan ini akan mampu mencapai sasaran sehingga 8,000 pelanggan bagi tahun kewa­ngan 2021/22,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ariffin menjelaskan, per­khidmatan hibah harta ber­cagar Wasiyyah Shoppe menjadi pilihan masyarakat kerana pengalaman dan kekuatan ­ilmiah syarikat yang menjamin dokumen itu berkuat kuasa daripada segi undang-undang dan sete­rusnya men­capai hasrat pelanggan.

“Banyak pihak berpanda­ngan hibah harta bercagar ini tidak sah dari segi hukum.

“Walaupun Panel Syariah kami telah berijtihad pada 2015 bahawa hibah ini adalah sah, tetapi bagi mendapatkan lebih kejelasan, syarikat telah menjalankan penyelidikan ilmiah bersama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2017 untuk mengkaji secara mendalam topik ini.

“Daripada hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa hibah harta bercagar adalah sah, namun tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti kewujudan perlin­dungan takaful­ atau keizinan pembiaya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI