fbpx
Abdul Rahim (kanan) bertemu dengan pengendali sebuah kilang di Pengkalan Chepa, Kota Bharu ketika menjalankan Operasi Bersepadu Pematuhan SOP hari ini.

Polis periksa 35 kilang di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Polis sudah memeriksa sebanyak 35 daripada 80 buah kilang yang beroperasi di Pengkalan Chepa di sini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam operasi yang dijalankan, semua kilang yang diperiksa didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, kilang-kilang di sekitar kawasan itu juga menyediakan kod aplikasi MySejahtera, cecair pembasmi kuman dan pengimbas suhu untuk kegunaan semua pekerja.

“Kita juga memeriksa hampir 800 pekerja di 35 buah kilang itu dan mendapati mereka mematuhi SOP dan arahan yang ditetapkan oleh pihak majikan.

“Pematuhan SOP amat penting sebagai langkah untuk mengelakkan tercetusnya kluster baharu di kilang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjalankan Operasi Bersepadu Pematuhan SOP di sebuah kilang di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, meskipun berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP di kilang, polis tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompan sehingga RM50,000 sekiranya ada syarikat yang menyebabkan tercetus kluster Covid-19 di tempat kerja. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

POPULAR