fbpx

Kaunter agensi MOT di kawasan PKPD ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur esok, semua perkhidmatan kaunter dikendalikan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) akan ditutup kecuali kawasan Kuala Lumpur yang berada di luar zon PKPD.

Menurut kenyataan akhbar MOT, agensi tersebut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM).

“Dalam kenyataan bertarikh 30 Jun lepas, kementerian ini telah mengumumkan pembukaan semula perkhidmatan kaunter semasa Fasa Pertama PKP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk transaksi atau perkhidmatan yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian.

“Justeru, orang ramai digalakkan merujuk laman rasmi media sosial atau laman sesawang agensi-agensi yang berkaitan untuk keterangan lebih lanjut,” katanya di sini hari ini.

Berhubung surat kelulusan perjalanan melalui Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE), ia masih terguna pakai sepanjang tempoh tersebut dan pemohon tidak perlu memuat turun surat baharu jika memiliki surat pengesahan sebelumnya.

Kenyataan itu turut menyebut, hanya seorang daripada setiap isi rumah dibenarkan menggunakan kenderaan mereka sendiri tanpa mengira kapasiti tempat duduk untuk mendapatkan barangan keperluan dalam lingkungan 10 kilometer dari tempat tinggal mereka.

“Kebenaran polis diperlukan (mengikut kes atau situasi) untuk penambahan penumpang bagi tujuan yang dibenarkan. Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera sebagai bukti.

“Maksimum tiga orang dalam satu kenderaan dibenarkan bagi tujuan mendapatkan penjagaan kesihatan, perubatan atau bagi tujuan vaksinasi,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI