fbpx

Nilai rampasan RM43.89 juta dalam tempoh enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad (tengah) ketika sidang akhbar berkaitan kejayaan Ops kontraban, Ops nyah, Ops benteng di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) telah melaksanakan sebanyak 111 serbuan dengan 649 tangkapan melibatkan rampasan keseluruhan bernilai RM43.89 juta dalam tempoh 1 Januari hingga 30 Jun lalu.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, seramai 125 tangkapan merupakan warga tempatan yang terdiri daripada 122 lelaki dan tiga wanita

“Manakala 521 adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Sri Lanka yang terdiri daripada 323 lelaki, 188 wanita serta 10 kanak-kanak.

“Pecahan nilai rampasan melibatkan kenderaan berjumlah RM4.6 juta, rokok seludup (RM10.4 juta), arak seludup dan ketum (RM20.6 juta), dadah (RM201,135.50), hidupan dan tumbuhan dilindungi (RM40,000).

“Bahan letupan (RM1.4 juta), padi dan beras (RM2.6 juta), logam dan tembaga (RM3.1 juta), wang tunai dan lain-lain (RM594,533.40),” ujarnya pada sidang akhbar berkaitan kejayaan Op kontraban, Op nyah, Op benteng di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, dekat sini hari ini.

Jelas beliau, Klang antara lokasi hotspot pendaratan PATI paling popular disebabkan beberapa faktor seperti terdapatnya rumah apungan dan panduan masuk seperti rumah api yang memudahkan pendaratan.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran dan akta berkaitan yang lain. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI