fbpx

Majikan punca Covid-19 diburu esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar perkembangan Op Patuh di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Majikan yang menjadi punca penularan Covid-19 akan ditangkap serta-merta dalam operasi besar-besaran seluruh negara yang turut memberi tumpuan khusus sekitar Lembah Klang, bermula esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, operasi yang akan diketuai Ketua Polis Daerah sebagai komander operasi mengikut daerah masing-masing akan disertai pelbagai agensi penguatkuasaan dan kementerian dalam menguatkuasakan Akta 342.

Katanya, berdasarkan risikan mendapati majikan mengerahkan pekerja dari Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk bekerja bagi mengaut keuntungan sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Operasi akan dilaksanakan serentak seluruh negara namun tumpuan khusus akan diberikan kepada negeri yang mempunyai rekod penularan tinggi seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

“Soal siasat dilakukan, pekerja terbabit memaklumkan mereka tahu rakan lain dijangkiti Covid-19 tetapi tidak dikuarantin. Sebab itu jugalah, semua maklumat ini diambil dan esok, kita tangkap majikan sekali kerana melakukan kesalahan dan menzalimi pekerja mereka,” katanya dalam sidang akhbar khas PKP 3.0 hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI