fbpx

Latihan industri boleh diganti atau ditangguhkan ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pihak Universiti Awam (UA) boleh meneliti dan menyemak kaedah latihan industri (LI) yang ada malah berhak untuk mengguna pakai kaedah alternatif sesuai atau menangguhkannya.

Keputusan menangguhkan atau menggunapakai kaedah alternatif sesuai itu boleh dibuat sekiranya terdapat kesukaran seperti mendapatkan tempat latihan dan jika penilaian tidak mematuhi akreditasi serta keperluan teknikal bagi sesuatu program.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama wakil pelajar daripada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan Gabungan Gerakan Mahasiswa berhubung isu-isu berbangkit mengenai LI.

“Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil maklum isu mengenai LI yang dibangkitkan malah pada 8 Februari lalu, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengeluarkan ‘Advisory Notes’ berhubung Panduan Pengendalian Program Pendidikan Tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang turut menyentuh mengenai LI.

“LI bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh diteruskan melalui pelbagai kaedah mengikut kesesuaian IPT serta pelajar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) boleh menggantikan latihan industri dengan alternatif lain yang dirasakan sesuai seperti projek berkait industri, projek berkait masalah, ‘topical study’ atau ‘research project’ bergantung kepada bidang program dan masih memenuhi hasil pembelajaran.

“KPT bersetuju untuk mengeluarkan surat kepada universiti bagi mempertimbangkan advisory notes yang dikeluarkan oleh MQA dan UA digalakkan untuk meneliti serta mengguna pakai kaedah pembelajaran alternatif bagi memastikan program pengajian dapat diteruskan.

“Berhubung pemberian elaun kepada pelajar LI, KPT akan mengumpulkan data pelajar dan mencadangkan kepada kerajaan untuk pertimbangkan elaun kepada pelajar yang menjalani LI di agensi kerajaan,” ujar beliau.

Tambah Noraini, KPT juga akan mengadakan libat urus dengan industri untuk menggalakkan mereka agar turut mempertimbangkan pemberian elaun kepada para pelajar yang menjalani LI di organisasi mereka. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI