fbpx

Haily sasar hasil IPO RM20.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIN HAI bersama lembaga pengarah Kumpulan pada majlis pelancaran prospektus Haily secara maya semalam.

PETALING JAYA – Haily Group Bhd. (Haily) menyasarkan untuk meraih hasil sebanyak RM20.4 juta daripada penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia menerusi tawaran awam permulaan (IPO) akan datang.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, cadangan penyenaraian itu penting untuk mengukuhkan kedudukan selain meningkatkan reputasi Kumpulan dalam pasaran perkhidmatan pembinaan serta meluaskan asas pelanggannya di negara ini.

“Kami amat teruja untuk memberi peluang kepada pelabur dan institusi untuk mengambil bahagian dalam ekuiti dan pertumbuhan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran prospektus sempena cadangan penyena­raian di Pasaran ACE Bursa Malaysia secara maya semalam.

Haily merupakan kontraktor utama yang terlibat dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman di wilayah selatan Semenanjung, khusus­nya di negeri Johor.

Selain itu, Kumpulan tersebut juga terlibat dalam penyediaan sewaan mesin pembinaan.
IPO itu melibatkan 30 juta saham terbitan awam pada harga 68 sen sesaham dengan 8.92 juta saham ditawarkan kepada orang ramai, 10 juta saham kepada pe­ngarah, pekerja yang layak dan individu yang menyumbang kepada kejayaan Kumpulan dan 11.08 juta saham lagi kepada pelabur terpilih.

Tin Hai menjelaskan, daripada jangkaan hasil RM20.4 juta itu, Haily merancang untuk menggunakan RM4.20 juta untuk per­belanjaan modal, RM6 juta untuk modal kerja, RM7 juta membayar balik pinjaman bank dan baki RM3.2 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

Kumpulan optimis terhadap perkembangan ekonomi negara yang dijangka bertambah baik secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun ini.

Tambah beliau, ia dipacu oleh peningkatan pertumbuhan global, kitaran teknologi serta dagangan dan projek infrastruktur berskala besar yang akan datang serta langkah-langkah rangsa­ngan ekonomi.

“Pertumbuhan sektor kediaman dan perindustrian di daerah lain di Johor juga menyediakan peluang kepada Kumpulan dan kami telah memperoleh kontrak terjamin dan belum dimukta­madkan untuk menampung peng­operasian kami bagi me­nempuh cabaran jangka pendek ekoran pandemik Covid-19,” katanya.

Tambah beliau, Haily mempunyai 18 projek pembinaan ba­ngunan yang sedang berjalan dan dua projek berkaitan kejurute­raan awam.

Projek berkenaan melibatkan jumlah nilai kontrak terjamin dan nilai kontrak belum dimuktamadkan masing-masing ialah RM460.04 juta dan RM249.58 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI