fbpx

Neelofa sasar bantu 70 keluarga terjejas minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan kepada golongan terjejas akibat Covid-19.

PETALING JAYA – Selebriti sensasi Neelofa menyasarkan untuk membantu 70 buah keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik Covid-19.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, mendakwa dia menerima banyak permohonan bantuan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa yang ditubuhkannya.

“Sebelum ini kami hulurkan bantuan kepada komuniti atau rumah-rumah perlindungan. Tetapi memandangkan keadaan semakin teruk, Pertubuhan Kasih Neelofa akan mengenal pasti penerima bantuan individu.

“Kami terima terlalu banyak permohonan,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam InstaStory.

Sehubungan itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu menyasarkan pemberian sumbangan dapat diagihkan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan bantuan pada minggu ini.

“Insya-Allah minggu ini kami akan sampaikan bantuan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan dan sangat terjejas,” katanya.

Ujar Neelofa lagi, bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk makanan dan sejumlah wang tunai bagi meringankan beban keluarga yang terkesan.

Dalam hantaran tersebut, bekas pengacara program MeleTOP itu menyeru mana-mana individu yang ingin sama-sama menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Pertubuhan Kasih Neelofa.

Untuk rekod, Neelofa sebelum ini pernah memberikan sumbangan berupa 15 buah katil elektronik bernilai hampir RM100,000 untuk menampung kekurangan katil di Hospital Melaka.

Sumbangan tersebut merupakan antara sumbangan pertama yang diusahakan sendiri Neelofa atas rasa prihatinnya terhadap peningkatan kes Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI