fbpx

Menyamar jadi rakan tipu pinjam wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Berhati-hati jika menerima mesej dari rakan yang mahu meminjam wang kerana ada kemungkinan itu hanya taktik untuk menipu.

Itu yang berlaku kepada seorang pensyarah universiti awam di bandar ini yang menjadi mangsa penipuan oleh individu yang menyamar menjadi rakannya sehingga mangsa kerugian RM700.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 28 Jun lalu mangsa yang berusia 41 tahun menerima pesanan WhatsApp daripada nombor tidak dikenali.

“Suspek menggunakan nama rakan mangsa untuk menyamar dan meminta untuk meminjam wang sebanyak RM1,500 namun mangsa bersetuju untuk memberi pinjam sebanyak RM700 dan
mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM700 ke akaun bank yang diberikan.

“Bagaimanapun suspek sekali lagi meminta untuk meminjam wang daripada mangsa sebanyak RM1,750 tetapi mangsa menyuruhnya meminjam dengan orang lain,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. wazir, mangsa yang berasa curiga telah menghubungi rakannya namun rakannya itu memberitahu tidak pernah meminta wang daripada sesiapa.

Katanya, mangsa menyedari ditipu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Beserah dan kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI