fbpx

Wanita potong zakar suami mahu kahwin tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki di India maut apabila isteri kedua memotong zakarnya ketika tidur. - NurPhoto

NEW DELHI – Seorang lelaki di India maut apabila zakarnya dipotong oleh isteri kedua yang berang mendengar perancangannya untuk berkahwin kali ketiga, lapor akhbar New York Post, semalam.

Maulvi Vakil Ahmad, 57, dari Bandar Muzaffarnagar di negeri Uttar Pradesh dilaporkan diserang oleh isteri keduanya, Hazra menggunakan pisau di rumah kediaman mereka, Khamis lalu.

Hazra memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia melakukan jenayah itu ketika suaminya sedang nyenyak tidur.

Wanita itu cuba melaksanakan upacara pengebumian Maluvi dengan bantuan saudaranya namun gerak-geri mencurigakan telah membuatkan jiran melaporkan keadaan itu kepada polis.

Menurut laporan polis, Hazra cuba memujuk mangsa untuk tidak meneruskan hasrat berkahwin kali ketiga namun tidak diendahkan lalu tercetusnya pertengkaran.

Berang dengan keputusan Maulvi, Hazra nekad memotong alat sulit suaminya sebagai jalan terakhir menghalang lelaki itu daripada berkahwin kali ketiga.

Pada mulanya, Hazra bercadang untuk melaporkan perbuatannya kepada pihak polis namun keadaan bertukar buruk apabila Maulvi mengalami pendarahan serius dan mati.

Ketua Balai Polis Bhorakalan, Timbalan Supritendan Jitender Singh memberitahu akhbar Times Of India bahawa Hazra telah ditahan di penjara di bawah seksyen 302 iaitu pembunuhan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI