fbpx

Semangat Euro 2012 bersama Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEVCHENKO melaungkan amaran kepada skuad England bahawa mereka tidak gentar untuk bertemu pasukan pilihan di Stadio Olimpico, Rom awal pagi esok. – AFP

COPENHAGEN – Ukraine tentunya mahu menjadikan kemenangan ke atas Sweden sewaktu Euro 2012 sebagai inspirasi untuk menewaskan lawan sama menjelang pusingan 16 terbaik Euro 2020 di Hampden Park awal pagi esok.

Ukraine ketika itu bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sweden 2-1 menerusi dua jaringan Andriy Shevchenko yang kini menggalas peranan baru sebagai ketua jurulatih negara tersebut.

Lebih menarik, Shevchenko sekali lagi menjadi hero Ukraine apabila mengemudi pasukan ranking ke-24 dunia itu melepasi peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1996.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy percaya Shevchenko dan anak-anak buahnya berkemampuan untuk mencipta satu lagi sejarah baharu buat negara itu selepas faktor tuah membantu mereka mara ke pusingan 16 terbaik.

“Buat kali pertama dalam sejarah Ukraine berjaya melangkah ke perlawanan kalah mati. Sekarang adalah peluang terbaik buat mereka membuktikan kepada semua.

“Kami percaya anda (Ukraine) boleh melakukannya. Tunjukkan kepada semua kemampuan sebenar anda,” katanya.

Ukraine kali ini tetap dilihat mempunyai skuad yang mantap seperti bintang Manchester City, Oleksandr Zinchenko dan pemain sayap West Ham United, Andriy Yarmolenko yang kembali menemui tahap terbaiknya.

“Kami akan menunjukkan bola sepak sebenar kepada anda semua. Saya harap anda semua terus memberikan kepercayaan kepada kami,” kata Yarmolenko yang sudah meledak dua gol buat Ukraine pada Euro 2020.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI