fbpx

Lelaki cuba selamatkan kucing, bomba selamatkan lelaki dan kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut dan kucingnya dibawa turun menggunakan tangga kren. – Jabatan Bomba Tulsa

TULSA, OKLAHOMA – Gara-gara ingin menyelamatkan kucing peliharaannya yang tersangkut di atas pokok, seorang lelaki terpaksa diselamatkan anggota bomba selepas dia mengalami nasib yang sama, lapor majalah  People semalam. 

Dalam kejadian  baru-baru ini, lelaki itu tidak menyangka dahan tempat kucingnya bertenggek adalah begitu tinggi.

Selepas memanjat pokok itu, dia kemudiannya menghadapi kesukaran untuk turun ke bawah dengan selamat.

Susulan kejadian itu, Jabatan Bomba Tulsa menerima panggilan kecemasan yang mengatakan bahawa terdapat seorang lelaki dan seekor kucing tersangkut di atas sebatang pokok.

“Kami mendapati lelaki itu dan kucingnya berada pada kedudukan yang berbahaya dan tinggi dari tanah yang menyukarkannya untuk turun ke bawah.

“Kedua-duanya diselamatkan menggunakan tangga kren bagi memudahkan kerja menyelamat dijalankan,” kata Jabatan Bomba Tulsa dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook. 

Hantaran video tersebut memaparkan kerja menyelamat dilakukan dengan lelaki berkenaan dilihat perlahan-lahan  menuruni tangga  tersebut selain kucingnya diletakkan di dalam sebuah beg galas. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI