fbpx

DBP perjelas makna citra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui laman Facebook rasminya menyiarkan poster menjelaskan maksud perkataan citra hari ini.

Menurut DBP, citra bererti gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang lain atau pihak lain.

Perkataan citra turut mendukung makna gambar, lukisan atau citra dalam bahasa klasik.

Tangkap layar laman Facebook rasmi DBP yang memaparkan poster maksud perkataan citra.

Perkongsian itu disukai lebih 1,500 pengguna media sosial itu dan mendapat lebih 100 komen serta dikongsi lebih 400 kali dalam tempoh dua jam selepas hantaran tersebut dimuat naik.

“Dulu-dulu kelas Bahasa Melayu mesti ada perkataan ini dalam soalan karangan atau ketika diminta mengarang esei sastera. Perihalkan, gambarkan dan citrakan,” komen Fareedz Henrique.

“Hendak tanya, ada kaitan dengan Lestari sebelum ini tak? gurau seorang netizen yang turut meletakkan foto penyanyi kelahiran Indonesia, Bunga Citra Lestari di ruangan komen.

“Mohon mencadangkan kepada KWSP bantuan seterusnya i-Puspa,” ujar Abu Muaz

“Pandainya admin. Bagus betul DBP. Laju kemas kini. Seronok baca komen,” puji seseorang lagi netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI