fbpx

Lelaki campak burung dalam air dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan tindakan lelaki mencampakkan burung denak ke dalam air.

PETALING JAYA – Zalim dan tidak berperikemanusiaan. Itu antara reaksi netizen apabila melihat klip video seorang lelaki mencampakkan seekor burung yang masih hidup ke dalam air.

Berdasarkan klip video berdurasi enam saat yang dimuat naik di akaun Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kawasan di utara Semenanjung.

Difahamkan, lelaki dengan loghat bahasa utara bertindak demikian kerana bengang burung denak (umpan burung pemikat yang ditambat) gagal mengeluarkan bunyi.

Menurut Animal Malaysia, menangkap, menjerat dan menyimpan burung adalah satu kesalahan, apatah lagi menyeksa binatang itu adalah satu jenayah berat menzalimi haiwan liar.

“Burung ini tidak minta dipelihara dan bukan tugasnya untuk menghiburkan manusia. Burung punya hak bebas menjalani kehidupan natural di habitat asalnya.

“Apabila burung tidak mampu memberi kepuasan kehendak hati, sebaiknya ia dibebaskan dan bukan direjam direndam didera sebegini,” kata Animal Malaysia pada hantarannya semalam.

Justeru, Animal Malaysia meminta orang ramai yang mengenali lelaki itu supaya menyalurkan terus maklumat kepada pihak berkuasa Jabatan Perhilitan atau kongsikan maklumat dengan hotline WhatsApp www.wasap.my/+60105394749.

Sehingga pukul 10 pagi tadi, klip video tersebut telah ditonton lebih 11,000 kali dan dikongsi lebih 208 netizen.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI