fbpx

Kena kompaun RM48,000 sambut hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
12 dikompaun RM4,000 seorang selepas mengadakan sambutan hari jadi

PETALING JAYA – Padah menyambut hari jadi, 12 individu termasuk tuan rumah dikompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM48,000 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menyerbu kediaman terbabit pukul 10.30 malam tadi selepas menerima maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, sebaik tiba dan loceng pintu ditekan beberapa kali, pintu dibuka oleh seorang wanita dan polis yang memperkenalkan diri terus menyerbu dan menahan empat lelaki dan lapan wanita berusia 23 hingga 35 tahun di ruang tamu rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut di tubuh badan suspek dan di dalam premis tiada menjumpai apa-apa barang salah.

“Siasatan awal mendapati mereka dijemput tuan rumah bagi menyambut majlis hari lahirnya dan mereka kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata, ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`